Monday, November 28, 2011

Sepetang di Kampung Jawa, Melaka

Kampung Jawa terletak di Melaka. Kampong Jawa telahpun wujud di Melaka sejak zaman Kesultanan Melaka. Di bawah pemerintahan Portugis, ia telah dikekalkan, dan wujud sehingga kini. Kampung Jawa, Melaka.. Mungkin ramai yang kurang mengenali tempat ini namun bagi penduduk Melaka ia pernah menjadi tumpuan penduduk setempat untuk membeli belah bahan-bahan keperluan sedikit masa dulu. Kepesatan arus pemodenan telah menenggelamkan fungsi Kampung Jawa sebagai tumpuan masyarakat setempat membeli-belah.

Gerai-gerai di sekitar laluan masuk ke Kampung Jawa, Melaka


Apa yang aku dapat lihat kelihatan kedai-kedai yang usang masih terdapat menjual baju dan bahan keperluan harian. Sedikit sebanyak mengambarkan bazar-bazar di Pekan Medan yang menjual pelbagai jenis pakaian, tekstil, sarung bantal, kekabu, dan keperluan dapur. Terdapat gerai yang dikenali dengan nama ‘Gerai Tiga Serangkai’ yang terletak di Kampung Jawa, Melaka.. Lalu sahaja di gerai ini...memang pelanggannya ramai sekali..mungkin orang tempatan atau pelancong dari luar. Tapi apa yang dapat dikatakan memang ramai pengunjungnya.
Makanan istimewa yang dijual termasuklah mi rebus, rojak, sate dan cendol.. Kebiasaannya kalau singgah di gerai ni sate dan cendol menjadi pilihan. Di tengah-tengah Pekan Jawa ini, iaitu di satu selekoh terdapat gerai yang menjual SATE (mungkin SATE ala-ala Jawa). Menurut pemiliknya, kedai ini beroperasi dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Jika kita datang waktu petang ikut nasib jugalah, sebab kadang-kadang sate sudah habis atau mungkin anda perlu menunggu antara 1 hingga 1.30 jam untuk menunggu giliran anda mendapatkan sate. Jadi, untuk mengelakkan kekecewaan, ANDA perlu datang sekitar jam 12. 00 -3.00 petang. Apa yang dapat saya lihat terdapat hidangan sate ayam, daging, kerang, perut dan hati. Apa yang menarik sate-satenya besar-besar belaka. Mereka akan meletakkan beberapa cucuk sate pelbagai jenis di atas meja kita, mereka akan kira berapa cucuk yang kita makan sahaja. Apa yang membuat kami teruja gerai-gerai ini diceriterakan telah wujud sejak 60 tahun yang lalu.


Hidangan Sate di Kampung Jawa, Melaka...

Dan seiring dengan arus kemodenan Kampung Jawa dijangka akan dibangunkan dengan suasana baru.. Konsep perkampungan Arab akan ditampilkan bagi memberikan nafas baru kepada kawasan tersebut..

No comments:

Post a Comment