Saturday, November 26, 2011

NilaiSprings Resort

Semalam tiba di resort ini pemandangannya indah dengan dikelilingi pokok-pokok nan menghijau dan padang golf bak kapet hijau yang terbentang luas. Menang sesuai untuk merehatkan minda dan bersantai sambil menikmati udara segar kawasan bukit.

Kelihatan Bangunan Utama Hotel dari Padang Golf


Kaunter Penyambut Tetamu untuk Check-In dan Check-Out

Kaunter penyambut tetamunya agak menarik, luas, selesa dan dipenuhi dengan dekorasi tempatan yang menarik. Jangan lupa untuk bergambar di kawasan lobi hotel ini.


Suasana Padang Golf dari Bilik Hotel

Padang golf yang luas bak permaidani hijau terbentang luas. Menenangkan mata kita terutamanya pada waktu pagi apabila kabus meliputi seluruh kawasan resort ini. Terasa seolah-olah berada di sebuah kawasan peranginan tanah tinggi.


Kelihatan Taman Permainan Air (Kolam Renang) dari Bilik Hotel

Kolam renangnya juga ala-ala taman permainan air. Terdapat kolam untuk orang dewasa dan juga kolam untuk kanak-kanak bermain air dan berenang. Kawasan kolam agak luas, bersih dan sesuai untuk bersantai-santai. Pada mereka yang tidak berenang bolehlah merehatkan di atas kerusi malas di bawah pokok-pokok kelapa yang melambai-lambai. Silap-silap angin sepoi-sepoi yang bertiup mampu menyebabkan kita tertidur sejenak.

Ruang dan Dekorasi Salah Sebuah Bilik Hotel

Biliknya pula selesa, bersih, dan disusun rapi. Dekorasinya pula simple dan menarik. Banyak menggunakan barangan tempatan seperti kerusi kayu, meja konsul, almari baju, almari kasut, dan almari set TV. 


Ruang Bilik Air yang Selesa, Luas dan Menawan 

Ruang bilik airnya menang selesa kerana besar. Kemudahan bilik airnya menang bagus. Semua disediakan seperti syampu, gel mandian, alat pengering rambut dan tuala. Semua dibekalkan dengan secukupnya. Kalau anak-anak kecil memang seronok mandi di dalam bilik air ini. 

Kelihatan kanak-kanak sedang bermandi-mandi
di Taman Tema Air


No comments:

Post a Comment