Negeri Melaka memang negeri yang indah dan menyeronokkan untuk dilawati. Makanannya, tempat bersejarah, tempat menarik, dan pusat beli-belahnya memang menarik untuk dicuba dan dilawati. Bukan apa kalau baget kita kecil mengapa tidak berkunjung ke Melaka...saya cadangkan ambil cuti 2 hingga 3 hari. sehari tidak cukup masa sebab banyak tempat untuk dilawati. Saya dan ahli keluarga yang lain memang hampir setiap tahun akan berkunjung ke negeri Melaka. Bukannya nak shopping sangat cuma nak makan-makan dan merehatkan minda setelah penat bekerja. Makanan paling best ikan bakar, masak asam pedas dan sambal belacannya. Foh! memang sedap sangat tambah pula dimakan dengan ulam-ulaman pada waktu tengah hari. Yang paling kelakar hingga isteriku digelar sebagai"Duta Melaka " dalam kalangan teman-teman ditempat kerjanya. Cakap pasal shopping kat Melaka ni memang best. Terdapat pelbagai pilihan koleksi pakaian, kasut, tas tangan, minyak wangi dan sebagainya. Untuk membeli belah bolehlah pergi ke Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, atau Carrefour. Kalau nak shopping beriya-iya datanglah pada musim perayaan akan menjelang tiba. Tentunya pelbagai barangan akan dijual dengan harga murah dengan diskaun antara 10% hingga 70% peratus. Apa yang menarik tentang Melaka ni, setiap enam bulan pasti ada daya tarikan baru yang diketengahkan untuk para pengunjung, syabas kerajaan Melaka. Patutlah UNESCO mengiktiraf Melaka sebagai salah satu warisan dunia...memang patut...agar warisan PARAMESRAWA ini kekal hingga bila-bila untuk tatapan generasi akan datang. Gambar disebelah: Kami sekeluarga terpegun dengan kepetahan "tourist guide" tempatan berbahasa Perancis kepada pelancong Perancis.
No comments:
Post a Comment