Wednesday, November 30, 2011

TRIP TO NORTH SUMATRA ISLANDS, INDONESIA

Hari Pertama (12 Mac 2008);
Pada bulan Mac 2008, saya sekeluarga dan rakan-rakan yang lain telah pergi bercuti di Medan, Indonesia. Di sana kami dapat melihat pemandangan yang menarik yang sukar dilihat di Malaysia. Kami bertolak dari LCCT menaiki pesawat Airasia dan sampai di Airport Polonia, Medan kira-kira pukul 11.30 pagi. Perjalanan hanya memakan masa 55 minit.


Lapangan Terbang Polonia, Medan

Sampai sahaja kami di sana, wakil travel agensi kami telah menunggu dengan senyuman. Kami diarah untuk menaiki bas persiaran yang telah disediakan oleh pihak agensi. Agak selesa juga basnya dan masih banyak tempat duduk yang kosong. Kami dibekalkan dengan tuala basah, kuih dan air minuman. Kami dibawa mengelilingi kota Medan dan sempat singgah di Istana Maimun. Istana ini terletak di Jalan Brigjen Katamso, Medan.Istana Maimun merupakan peninggalan Sultan Kerajaan Deli yang bernama Sultan Makmun Al- Rasyid Perkasa Alamsyah. Pusat kerajaan deli ini didominasi dengan warna kuning. Istana dikatakan telah siap dibina pada tahun 1888 dengan ciri artistik Itali.
Kami meneruskan perjalanan menaiki bas ke Parapat. Dalam perjalanan, kami telah dibawa ke sebuah restoran untuk menikmati hidangan tengah hari yang sungguh enak. Perjalanan ke Parapat mengambil masa kira-kira 4 jam, iaitu sejauh 178 km. Dalam perjalanan ada ahli rombongan kami yang tertidur kerana keletihan. 

Pemandangan dari puncak bukit di Hotel Parapat. Kelihatan
Danau Toba dan Pulau Samosir
Parapat terletak di pinggir Danau Toba. Danau Toba sebuah tasik yang terbentuk daripada kawah gunung berapi yang cantik dengan alam semula jadinya. Kami sampai di Parapat pada waktu lewat petang ketika hutan gerimis. Kesempatan ini kami ambil untuk berehat sahaja, menikmati udara segar dan melihat pemandangan Danau Toba yang amat menakjubkan dari puncak bukit. Pada sebelah malamnya, kami telah menikmati menu makan malam (sajian tempatan yang enak) di Hotel Parapat.

Kelihatan bandar Parapat dari Hotel Parapat
Hari Kedua (13 Mac 2008);
Sarapan pagi bermula pada jam 7.00 pagi di hotel. Kemudian, tepat jam 8.30 pagi kami menaiki feri menuju ke Samosir Island. Untuk pengetahuan anda semua,  Pulau Samosir  ini dikenali sebagai “Pulau segala Pulau”. Ini kerana Pulau Samosir ini terletak di tengah-tengah Danau Toba. Perjalanan kami dari Parapat ke Pulau Samosir adalah dengan menaiki feri.

Kelihatan pokok lembayung tumbuh meliar di sekitar Danau Toba
 
Dalam perjalanan ke Pulau Samosir kelihatan pusat rekreasi
dan hotel yang menanti kedatangan para pelancong

Menurut pemandu feri untuk mengelilingi pulau ini mengambil masa selama sehari. Di Pulau Samosir terdapatnya sebuah kampung bernama “Tomok”. Tomok bermaksud “gemuk” dalam bahasa Indonesia. Terdapat juga tanah perkuburan orang Batak.

Dewan Beradu Orang Batak Karo
Terdapat juga Istana kaum Batak yang terkenal dengan orang makan orang. Orang Batak sebenarnya hanya makan orang yang di dapati bersalah melakukan jenayah dan zina di kalangan mereka. Anda tak perlu risau pergi ke sana sebab budaya makan orang itu telah ditinggal sejak 100 tahun lalu. Kami balik semula ke Parapat untuk menikmati makan tengahari di Restoran Istana. Tepat jam 2.30 petang kami bertolak menuju bandar Brastagi. Dalam perjalanan ke Tanah Tinggi Brastagi kami singgah di Bukit Simarjarunjung yang terkenal dengan teh halianya yang dipanggil Bandrek serta keenakkan goreng pisangnya sambil menikmati keindahan alam sekitarnya sambil menikmati minum petang yang sungguh mengasyikkan. Dalam perjalanan ke Brastagi kami singgah di Air Terjun Si Piso-Piso. 

Air Terjun Si-Piso-Piso. Ciri alam semula jadi
yang unik dan menakjubkan

Sungguh menakjubkan ciri fizikal air terjun ini begitu unik, teringatkan aku akan kebesaran tuhan yang maha pencipta. Sepanjang perjalanan dapat aku lihat bentuk gunung berapi yang unik dan masih mengeluarkan gas dipuncaknya dan tanih hitam lava bes yang subur. Suhu sepanjang perjalanan menang nyaman kira-kira 18° hingga 20°, terasa seperti di Cameron Highland. Faktor inilah yang menyebabkan tanaman seperti lobak, kobis, strawberi, pisang kaki hidup subur di sini. Kami juga sempat singgah di kawasan petempatan Raja Batak. Bentuk rumahnya seolah-olah rumah Minangkabau. Paling unik di dalamnya terdapat banyak bahagian (bilik).

Istana Raja Batak. Suatu ciri binaan unik yang tidak terdapat
di negara kita Malaysia 

Setiap bahagian dilengkapi dengan dapur, stor kecil dan tempat tidur. Apa yang menarik pada setiap bahagian ini diberi kepada isteri-isteri (gundik) Raja Batak yang berkuasa pada masa itu. Menurut pemandu pelancong kami, terdapat satu bilik khas yang tertutup digunakan oleh Raja Batak untuk beradu dengan isteri-isteri beliau. 
Salah satu bilik isteri Raja Batak
Kami tiba di hotel lima bintang, iaitu Grand Mutiara Hotel di tengah-tengah bandar Brastagi pada lewat petang (hampir maghrib). Tiada apa aktiviti yang dilakukan di sini cuma kami menikmati makan malam (round table) dengan cita rasa makanan tempatan. Unik juga makanannya tapi enak rasanya. 

Hari Ketiga (14 Mac 2008);
Awal pagi saya telah bangun untuk menikmati udara segar di sekitar Grand Mutiara Hotel (5 bintang). Sejuk dan nyaman kerana kami masih berada di kawasan pergunungan. Kalau nak mandi memang sejuk terpaksa ditangguhkan sampai ke tengah hari. Jam 8.30 pagi  kami bersarapan pagi di hotel. Mewah juga makanannya dan sedap. Maklumlah hotel lima bintang. Hari ini kami perlu pulang semula ke Medan sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok hari. Kami check-out hotel kira-kira pukul 9.30 pagi. Kami telah dibawa ronda-ronda sekitar  Bandar Brastagi. Kami sempat pergi ke kawasan pasar di Brastagi, Bukit Gundaling. Di bukit ini kita dapat lihat pemandangan sekitar bandar Brastagi dan aktiviti gunung berapi yang masih aktif.  
Kawasan bukit yang masih aktif dengan aktiviti gunung berapi.
Kelihatan asap (gas sulfur) di puncak bukit

Kalau anda bersempatan, anda boleh menaiki kuda dan ronda-ronda sekitar bukit. Kalau berminat menaiki kereta kuda di sekitar pasar ada tersedia kereta kuda yang boleh membawa anda bersiar-siar sekitar bandar Brastagi. Bayarannya amat berpatutan. Perjalanan di teruskan lagi ke Bandar Medan dan sempat makan tengah hari di sebuah restoran tempatan. Kami tinggal di hotel 2 bintang, kalau tak silap City Hotel. Pada sebelah petang kami mengambil kesempatan untuk meronda-ronda sekitar bandar Medan dan membeli-belah. Memang murah harga barang-barangnya. Tapi yang tidak seronoknya banyak peniaga jalanan yang sering memerhatikan para pelancong. Mereka akan mengekori kita bagi melariskan barangan jualan mereka. Sampai ke pintu baspun mereka akan ekori kita.


Isteri dengan anak-anakku: Zaireen Hassan,
Muhammad Hafeey & Muhammad Hareez

Penulis dan isteri: Huzairi & Zaireen

Gambar bersama-sama ahli rombongan yang lain
di taman Hotel Grand Mutiara, Brastagi
Hari Keempat (15 Mac 2008)....hari terakhir di Medan; 

Medan antara Bandar Metropolitan yang
Terbesar di Pulau Sumatera

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di kota Medan. Kami perlu keluar (check-out) pukul 12.00 tengah hari. Masalahnya, penerbangan kami pulang ke Kuala Lumpur adalah pada pukul 10.00 malam. So, banyak masa kami perlu luangkan untuk menunggu waktu itu. Kami berpakat dengan pemandu bas pelancong kami dan wakil agensi pelancong kami untuk menyewa bas hingga malam. Akhirnya mereka bersetuju dengan bayaran yang kami tawarkan. Kami telah dibawa sekali lagi meronda ke kota Medan, di bawa ke kompleks beli-belah seperti Medan Mall, pasar jualan, pusat kraf tangan dan makan di Restoran Garuda. Restoran ini memang menyediakan masalah ala medan seperti sambal goreng, gulai lemak, rendang, pelbagai jenis masalah sayuran dan sebagainya. Ada antara ahli rombongan kami yang membeli rendang untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur...enak sekali katanya. Akhirnya kira-kira pukul 8.00 malam selepas makan malam di Restoran Garuda kami perlu bergegas ke Polonia Airport untuk check-in. Malangnya penerbangan kami telah ditunda sejam, so kami akan menaiki kapal terbang pukul 11.00 malam.

Gambar kenangan terakhir bersama pemandu pelancong
 kami dan ahli rombongan yang lain sebelum check-in
Saya dan ahli rombongan yang lain sempat mengambil gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan terminal airport. Saya dan ahli rombongan yang lain telah tiba di LCCT, Sepang kira-kira pukul 12.00 tengah malam. Sepanjang perjalanan yang singkat anak-anakku tidur sahaja setelah penat bermain di airport ketika menunggu pesawat. Alhamdullillah, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Kenangan saya bersama ahli rombongan yang lain melancong ke Medan dan kawasan sekitarnya memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatku.
 
 
 

Tuesday, November 29, 2011

MUZIUM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM), PORT DICKSON, N. SEMBILAN

Lawatan ke Port Dickson tidak sah kalau kita tidak berkunjung ke Muzium ATM yang terletak di kawasan kem di Port Dickson. Di muzium ini kita didedahkan dengan sejarah perkembangan ATM, sejarah kemasukan penjajah Portugis dan Belanda di Melaka, sejarah penentangan tokoh tempatan menentang penjajah seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Rentap, Dol Said, Dato Maharaja Lela dan lain-lain lagi.


Kawasan landskap tugu peringatan

Di sini juga kita didedahkan dengan sejarah penguasaan dan penentangan Jepun dan Komunis di Tanah Melayu. Apa yang lebih dibanggakan kita akan mengetahui para perajurit yang telah terkorban semasa menentang penjajah dan pengkianat negara dalam usaha mempertahankan negara kita yang tercinta.
Elok sekali kanak-kanak dan murid-murid sekolah dibawa ke muzium ini bagi mendedahkan mereka tentang secebis sejarah perjuangan para perajurit pada masa itu demi maruah bangsa dan negara. Semoga akan lahir semangat patriotik dalam hati sanubari mereka. Jangan lupa untuk berkunjung.
Untuk keterangan lanjut lawati laman sesawang di http://www.armymuseumpd.gov.my/


Jet pejuang


Jet pejuang

Helikopter
 

Kereta kebal




Ahli keluargaku


Monday, November 28, 2011

Gelaran "Duta Negeri Melaka"

Negeri Melaka memang negeri yang indah dan menyeronokkan untuk dilawati. Makanannya, tempat bersejarah, tempat menarik, dan pusat beli-belahnya memang menarik untuk dicuba dan dilawati. Bukan apa kalau baget kita kecil mengapa tidak berkunjung ke Melaka...saya cadangkan ambil cuti 2 hingga 3 hari. sehari tidak cukup masa sebab banyak tempat untuk dilawati. Saya dan ahli keluarga yang lain memang hampir setiap tahun akan berkunjung ke negeri Melaka. Bukannya nak shopping sangat cuma nak makan-makan dan merehatkan minda setelah penat bekerja. Makanan paling best ikan bakar, masak asam pedas dan sambal belacannya. Foh! memang sedap sangat tambah pula dimakan dengan ulam-ulaman pada waktu tengah hari. Yang paling kelakar hingga isteriku digelar sebagai"Duta Melaka " dalam kalangan teman-teman ditempat kerjanya. Cakap pasal shopping kat Melaka ni memang best. Terdapat pelbagai pilihan koleksi pakaian, kasut, tas tangan, minyak wangi dan sebagainya. Untuk membeli belah bolehlah pergi ke Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, atau Carrefour. Kalau nak shopping beriya-iya datanglah pada musim perayaan akan menjelang tiba. Tentunya pelbagai barangan akan dijual dengan harga murah dengan diskaun antara 10% hingga 70% peratus. Apa yang menarik tentang Melaka ni, setiap enam bulan pasti ada daya tarikan baru yang diketengahkan untuk para pengunjung, syabas kerajaan Melaka. Patutlah UNESCO mengiktiraf Melaka sebagai salah satu warisan dunia...memang patut...agar warisan PARAMESRAWA ini kekal hingga bila-bila untuk tatapan generasi akan datang. Gambar disebelah: Kami sekeluarga terpegun dengan kepetahan "tourist guide" tempatan berbahasa Perancis kepada pelancong Perancis.
Syabas...syabas

Sepetang di Kampung Jawa, Melaka

Kampung Jawa terletak di Melaka. Kampong Jawa telahpun wujud di Melaka sejak zaman Kesultanan Melaka. Di bawah pemerintahan Portugis, ia telah dikekalkan, dan wujud sehingga kini. Kampung Jawa, Melaka.. Mungkin ramai yang kurang mengenali tempat ini namun bagi penduduk Melaka ia pernah menjadi tumpuan penduduk setempat untuk membeli belah bahan-bahan keperluan sedikit masa dulu. Kepesatan arus pemodenan telah menenggelamkan fungsi Kampung Jawa sebagai tumpuan masyarakat setempat membeli-belah.

Gerai-gerai di sekitar laluan masuk ke Kampung Jawa, Melaka


Apa yang aku dapat lihat kelihatan kedai-kedai yang usang masih terdapat menjual baju dan bahan keperluan harian. Sedikit sebanyak mengambarkan bazar-bazar di Pekan Medan yang menjual pelbagai jenis pakaian, tekstil, sarung bantal, kekabu, dan keperluan dapur. Terdapat gerai yang dikenali dengan nama ‘Gerai Tiga Serangkai’ yang terletak di Kampung Jawa, Melaka.. Lalu sahaja di gerai ini...memang pelanggannya ramai sekali..mungkin orang tempatan atau pelancong dari luar. Tapi apa yang dapat dikatakan memang ramai pengunjungnya.
Makanan istimewa yang dijual termasuklah mi rebus, rojak, sate dan cendol.. Kebiasaannya kalau singgah di gerai ni sate dan cendol menjadi pilihan. Di tengah-tengah Pekan Jawa ini, iaitu di satu selekoh terdapat gerai yang menjual SATE (mungkin SATE ala-ala Jawa). Menurut pemiliknya, kedai ini beroperasi dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Jika kita datang waktu petang ikut nasib jugalah, sebab kadang-kadang sate sudah habis atau mungkin anda perlu menunggu antara 1 hingga 1.30 jam untuk menunggu giliran anda mendapatkan sate. Jadi, untuk mengelakkan kekecewaan, ANDA perlu datang sekitar jam 12. 00 -3.00 petang. Apa yang dapat saya lihat terdapat hidangan sate ayam, daging, kerang, perut dan hati. Apa yang menarik sate-satenya besar-besar belaka. Mereka akan meletakkan beberapa cucuk sate pelbagai jenis di atas meja kita, mereka akan kira berapa cucuk yang kita makan sahaja. Apa yang membuat kami teruja gerai-gerai ini diceriterakan telah wujud sejak 60 tahun yang lalu.


Hidangan Sate di Kampung Jawa, Melaka...

Dan seiring dengan arus kemodenan Kampung Jawa dijangka akan dibangunkan dengan suasana baru.. Konsep perkampungan Arab akan ditampilkan bagi memberikan nafas baru kepada kawasan tersebut..

Kapal Selam Perancis Berlabuh di Melaka

Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan, berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia dari sebuah Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 seberat 1,300 tan, berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar itu telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia dari sebuah pelabuhan di Perancis.

Kapal selam itu kini diletakkan di tapak Muzium Maritim di Dataran 1Malaysia, di Klebang, Melaka. Proses pembinaan lanskap tapak Muzium Maritim di Dataran 1Malaysia masih dalam proses pembinaan. Apa yang dapat dikatakan melalui pelan landskap yang telah saya lihat dan baca, ia akan menjadi salah satu daya tarikan terbaharu para pelancong dari dalam mahupun luar negara berkunjung ke Melaka. Orang ramai berpeluang menyaksikannya secara percuma selama 10 hari mulai 22 November 2011 ini. pelabuhan di Perancis.
Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 dibina pada 1979 dan milik tentera Perancis pernah digunakan untuk latihan pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Perancis sebagai persiapan untuk mereka mengendali kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Malaysia dari negara itu. Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 ini adalah sebahagian dari pakej pembelian oleh Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ).

Saturday, November 26, 2011

NilaiSprings Resort

Semalam tiba di resort ini pemandangannya indah dengan dikelilingi pokok-pokok nan menghijau dan padang golf bak kapet hijau yang terbentang luas. Menang sesuai untuk merehatkan minda dan bersantai sambil menikmati udara segar kawasan bukit.

Kelihatan Bangunan Utama Hotel dari Padang Golf


Kaunter Penyambut Tetamu untuk Check-In dan Check-Out

Kaunter penyambut tetamunya agak menarik, luas, selesa dan dipenuhi dengan dekorasi tempatan yang menarik. Jangan lupa untuk bergambar di kawasan lobi hotel ini.


Suasana Padang Golf dari Bilik Hotel

Padang golf yang luas bak permaidani hijau terbentang luas. Menenangkan mata kita terutamanya pada waktu pagi apabila kabus meliputi seluruh kawasan resort ini. Terasa seolah-olah berada di sebuah kawasan peranginan tanah tinggi.


Kelihatan Taman Permainan Air (Kolam Renang) dari Bilik Hotel

Kolam renangnya juga ala-ala taman permainan air. Terdapat kolam untuk orang dewasa dan juga kolam untuk kanak-kanak bermain air dan berenang. Kawasan kolam agak luas, bersih dan sesuai untuk bersantai-santai. Pada mereka yang tidak berenang bolehlah merehatkan di atas kerusi malas di bawah pokok-pokok kelapa yang melambai-lambai. Silap-silap angin sepoi-sepoi yang bertiup mampu menyebabkan kita tertidur sejenak.

Ruang dan Dekorasi Salah Sebuah Bilik Hotel

Biliknya pula selesa, bersih, dan disusun rapi. Dekorasinya pula simple dan menarik. Banyak menggunakan barangan tempatan seperti kerusi kayu, meja konsul, almari baju, almari kasut, dan almari set TV. 


Ruang Bilik Air yang Selesa, Luas dan Menawan 

Ruang bilik airnya menang selesa kerana besar. Kemudahan bilik airnya menang bagus. Semua disediakan seperti syampu, gel mandian, alat pengering rambut dan tuala. Semua dibekalkan dengan secukupnya. Kalau anak-anak kecil memang seronok mandi di dalam bilik air ini. 

Kelihatan kanak-kanak sedang bermandi-mandi
di Taman Tema Air