Tanggal 16 Disember saya sekeluarga telah pergi bercuti ke Kuantan, Pahang. Kami bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.00 pagi dan sampai di Kuantan kira-kira pukuol 12.30 petang. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami ke Kuantan tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan. Kami menggunakan Lebuh Raya Karak dan kemudiannya menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur.
Di sepanjang perjalanan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur pemandangan sungguh indah kerana kehijauan hutan khatulistiwa dan keunikan gunung-ganangnya. Penoramanya sungguh mempersonakan. Dik kerana itu jugalah negeri Pahang memang agak terkenal dengan aktiviti ekopelancongan yang bercirikan hutan dan kawasan tanah tinggi.
Antara Buah-buahan Tempatan yang dijual di R&R dalam perjalanan ke Kuantan |
Sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan cuaca agak mendung. Maklumlah pada bulan Disember ni, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia mengalami musim tengkujuh. Sinaran terik matahari agak sukar kelihatan pada masa ni. Setelah kami tiba di Bandar Kuantan kami sempat beronda-ronda mengelilingi Bandar Kuantan dengan menaiki kereta sahaja. Maklumlah hujan renyai-renyai dan kadang-kala amat lebat menyukarkan kami untuk bersiar-siar di bandar.
Salah satu mercu tanda yang terdapat di Kuantan, Pahang |
Kaunter khidmat pelanggan hotel |
Kami check-in di Hotel Swiss-Garden Resort & Spa yang terletak di Pantai Balok. Seronok juga tinggal di hotel ini kerana selesa, kemudahan baik dan lengkap, layanan yang mesra, bilik yang selesa dan pemandangan yang indah.
Pada waktu malam hotel ini kelihatan seperti istana yang diterangi dengan pelbagai lampu berwarna-warni. Tambahan pula perayaan X-mas hampir menjelang tiba, maka dekorasinya banyak bercirikan X-mas. Pada mulanya, kami telah tempah bilik untuk 2 malam, malangnya pada saat akhir kami mengambil keputusan untuk tinggal sehari sahaja. Ini kerana faktor cuaca di mana pada sebelah pagi lagi cuaca dah mula hujan dan keadaan ini dibawa sampai ke petang. Hujan disini memang agak lebat hingga membawa kepada banjir kilat dijalan-jalan utama. So, awas.
Sekitar Pantai Balok, Beserah, hingga Bandar Kuantan kelihatan di kiri-kanan jalan banyak terdapat gerai-gerai yang menyajikan makanan seafood. Yang paling istimewa terdapat gerai-gerai yang menjual makanan popular tempatan seperti keropok leko. Terdapat gerai-gerai yang menjual produk hasil laut seperti keropok, udang kering, ikan masin, sotong kering dan pelbagai lagi. Kami sempat makan malam di Restoran Planet Seafood yang terletak hanya ½ kilometer dari hotel. Makanan kat sini memang sedap dan menyelerakan. Apa yang menariknya harga-harga menu menang agak berpatutan. Tapi anda harus berhati-hati kerna sesetengah gerai makanan di Bandar Kuantan berdekatan bazaar lama tepi sungai, walaupun menyediakan makanan baget, tapi jangan terkejut kalau apabila nak bayar bil harganya agak tidak berpatutan. Apa yang boleh dikatakan mungkin mereka merasa ini bukan orang tempatan, so boleh “ketok” dalam bahasa mudah. So, awas, tengok menu dan tanya harga sebelum makan.
Pada waktu malam hotel ini kelihatan seperti istana yang diterangi dengan pelbagai lampu berwarna-warni. Tambahan pula perayaan X-mas hampir menjelang tiba, maka dekorasinya banyak bercirikan X-mas. Pada mulanya, kami telah tempah bilik untuk 2 malam, malangnya pada saat akhir kami mengambil keputusan untuk tinggal sehari sahaja. Ini kerana faktor cuaca di mana pada sebelah pagi lagi cuaca dah mula hujan dan keadaan ini dibawa sampai ke petang. Hujan disini memang agak lebat hingga membawa kepada banjir kilat dijalan-jalan utama. So, awas.
Gambar keadaan hujan lebat yang sempat kami rakamkan dari bilik hotel |
Kami juga berkesempatan makan keropok leko di Restoran Fatimah. Restoran ini terletak betul-betul di depan hotel. Anda boleh mencuba keropok leko di gerai ni memang sedap. Terdapat juga minuman istimewa iaitu air kelapa muda. Anda bolehlah beli keropok leko cap Fatimah ini dengan harga RM5.00 sebungkus untuk dibawa pulang. Jangan lupa beli sos pencicahnya sekali.
Tiada banyak aktiviti yang kami dapat lakukan di sini kerana faktor cuaca. Nak mandi dikolampun susah kerana hujan turun tidak menentukan. Nak mandi di lautpun, bendera merah dinaikkan, menunjukkan amat berbahaya untuk bermandi-mandi. Tepi laut menang cantik walaupun kekurangan pokok. Agak menyeramkan melihat deruan ombak yang agak ganas menderu seolah-olah berlaku Tsunami kecil. Agak hairan juga masih ada orang yang bermandi-mandi di situ walaupun tanda amaran telah dikeluarkan.
Salah sebuah restoran makanan laut yang popular dalam kalangan pelancong (restoran Cina tapi halal) |
Keropok leko Fatimah yang sedap dan ranggup |
Kelihatan anak-anakku dan anak rakanku sedang menjamah keropok leko Ahli keluargaku dengan keluarga rakanku sedang bersantai di lobi hotel pada waktu malam |
Percutian kami kali ini, bersama dengan keluarga Encik Herman dan Puan Normah bersama tiga orang anak mereka. Sudah lama kami impikan untuk bercuti bersama hinggalah ke hari itu baru hajat kesampaian.
Walaupun perjalanan kami ke Kuantan agak singkat, namun ia banyak meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Bila lagi kami akan bercuti ke Kuantan, hanya masa yang dapat menentukan. Walau apapun yang pasti kami akan memilih ke Kuantan bukan pada musim tengkujuh.
Wow, thats looks like a wonderful trip.
ReplyDeleteGraton Casino (New Orleans) - Mapyro
ReplyDeleteGraton Casino · View 통영 출장안마 map. 김포 출장안마 Graton 상주 출장안마 Casino features 남원 출장안마 2 hotel towers and 2 의정부 출장안마 full floors of gaming space. The casino features 218 slots, 6 table games,