Sunday, October 7, 2012

Rumah Kutai di Kampung Teluk Sareh, Perak Tengah, Malaysia

Kampung Teluk Sareh yang terletak di daerah Perak Tengah merupakan antara kampung-kampung yang menyimpan seribu satu sejarah kerana telah wujud sebelum zaman pendudukan Jepun dan penjajah British di Tanah Melayu. Pekan yang terletak paling hampir dengan Kampung Teluk Sareh ialah Kampung Gajah (bahagian selatan) dan Pekan Bota (bahagian utara).Saya ingin membawa para pembaca mengimbas kembali ciri sosial budaya masyarakat Melayu dahulu kala dari aspek pembinaan rumah Melayu tradisional. Di sini, penulis ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan keunggulan seni bina Melayu rumah peninggalan arwah moyang saya, iaitu Hj. Ngah Samad dan isterinya Puteh Mansiah. Setelah pemergian mereka, rumah ini diwarisi oleh Hj. Hussin dan isterinya Hj. Rogayah. Mereka berdua merupakan nenda saya. Walaupun mereka telah pulang kepada penciptaNya, namun rumah yang menjadi warisan kami sekeluarga telah kami pelihara dengan baik. Ibu saya Puan Aizah paling banyak melibatkan diri dalam usaha memelihara dan memulihara warisan kebanggaan yang tidak ternilai ini. Ini bertepatan dengan wasiat arwah ibunya supaya tidak membiarkan rumah ini kosong tanpa berpenghuni dan dibiarkan begitu sahaja. Arwah berpesan supaya menceriakan rumah warisan ini agar menjadi kenangan abadi untuk generasi yang akan datang.


Almari Antik Tempat Menyimpan Barang Perhiasan dan
 Pinggan Mangkuk

Seni ukiran kayu di bahagian atas tingkat bermotifkan bunga-bungaan dan corak geometri.
Berfungsi sebagai lubang udara dan kemasukan cahaya matahari

Seni ukiran di bahagian atas dinding antara ruang tamu dan bilik

Seni ukiran di bahagian atas dinding dan pembahagi ruang.
Kelihatan kayu yang diukir dengan corak geometri dan dipaku secara selang seli 

Almari antik lama yang berusia lebih 70 tahun yang diperbuat
daripada kayu cengal. Berfungsi sebagai tempat menyimpan barang
 seperti pinggan mangkuk, periuk dan keperluan harian.


Almari antik lama

Kelihatan setiap ruang bahagian rumah di pisahkan dengan
pintu gerbang yang diukir dengan indah


Kelihatan selak pintu yang hanya dapat dibuka
oleh penghuninya sahaja dari dalam

Seni ukiran kayu yang terdapat di bahagian tepi pintu gerbang
 yang memisahkan setiap bahagian rumah

Kelihatan bahagian dinding dan tiang rumah yang juga memiliki
 seni ukiran yang halus. Pada masa dahulu, penghuni rumah sering
menggunakan bahagian dinding rumah untuk menggantung
koleksi foto mereka

Almari yang digunakan untuk menyimpan tudung saji
daripada saiz kecil hingga saiz besar
Katil antik keluaran British yang berusia lebih 70 tahun.
Diperbuat daripada kombinasi besi dan tembaga


Almari menyimpan pinggan mangkuk dan
pelbagai barangan memasak
Ciri istimewa yang masih kekal dalam rumah Kutai ini ialah tempat
menyimpan tikar atau permaidani yang diperbuat daripada buluh betong.
Terletak di atas loteng bumbung.
Berusia lebih 80 tahun.

Pemandangan dari bahagian kedua rumah menghala ke ruang tamu utama.
 Kelihatan daun tingkat yang cukup unik seni binanya

 
Bahagian dapur rumah Kutai
 
Kukur kelapa yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional


Almari antik yang digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barangan



Bahagian dapur rumah Kutai


Bahagian sisi rumah Kutai
 
Bahagian sisi hadapan termasuk anjung rumah Kutai yang
masih dalam proses pemuliharaan
 
Bahagian hadapan rumah Kutai


Pemandangan rumah Kutai dan halaman bahagian hadapan rumah

Pandangan rumah Kutai dari jauh

Seni ukiran di bahagian anjung luar rumah Kutai

Pandangan sisi rumah Kutai


17 comments:

  1. Assalamualaikum. I'm your new visitor for ur blog. I want to ask ur permission on taking the pictures n bit of your info about the house, for my report. Can i used it ? Please kindly reply as soon as possible. Thank you :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. maaf, saya termasuk ke blog tuan bila saya taip rumah di perak tengah. saya sedang mencari gambar rumah kampung di sekitar kampung gajah ke parit untuk tujuan penulisan. saya telah meminjam gambar rumah tuan di atas sebab nampak cantik dan sesuai.
    sebenarnya saya juga orang teluk sareh. tapi saya gagal mengingat dn mengenali tuan. saya dari kampung empai. anak kepandak asyik. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. boleh saya dpatkn email dan alamat?

    ReplyDelete
  4. macam kenal je rumah ni. ni rumah bapa dan opah gayah kepada pakcik hussain saye ni. terletak di tepi masjid kampung teluk sareh, mukim pulau tiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ape khabor...ye betul...just nak memorikan rumah kutai ni kepada masyarakat umum tentang keindahan seni bina masyarakat Melayu dulu...

      Delete
    2. Maap.. bukan pakcik hussain, tapi mak ani iaitu isteri kepada pakcik harun bin abdul jalil (sebelah emak saya)

      Delete
    3. ni port tempat main dengan kawan -kawan dulu

      Delete
  5. sebelah rumah pak din kedai runcit kan

    ReplyDelete
  6. rumah atok sy pun mcm tuh jugak...atok sy hj abdul rahman....biler liat rmh tuh jd ingat zmn2 kecik kalo pulang beraya....syg rmh tuh dh takde

    ReplyDelete
  7. saya pulangkan apa sahaja yg saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya, isteri saya dan anak anak saya. saya sekeluarga ambil yg Haq semata-mata tiada yg lain dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum encik. pelan untuk rumah kutai ni ade tak? sebab saya ada assignment untuk membuat model rumah lama melayu. terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. I'm your new visitor for ur blog. I want to ask ur permission on taking the pictures n bit of your info about the house, for my report. Can i used it ? Please kindly reply as soon as possible. Thank you :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,,rumah ni ad lg x? Sbb kmi nk buat kjian psl rumah kutai tp ssh nk jumpa yg skli dgn owner...blh bntu kmi?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,,rumah ni ad lg x? Sbb kmi nk buat kjian psl rumah kutai tp ssh nk jumpa yg skli dgn owner...blh bntu kmi?

    ReplyDelete
  12. Nice entry. Do some more please. 👌

    ReplyDelete
  13. Cantik romah ni. Area Kg Gajah dan Bota ni memang chantik romah lamanya.

    ReplyDelete