Kampung
Morten yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya Melaka merupakan
satu-satunya warisan perkampungan Melayu yang masih kekal wujud di Bandar
Melaka. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai
penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah. Selain itu,
penduduk di sini mempunyai jati diri yang unggul. Penduduk di sini banyak
mempamerkan keunikan reka bentuk rumah mereka berasaskan rumah
tradisional Melayu Melaka. Kampung ini mendapat nama sempena nama J. F. Morten seorang
Pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an. Morten
telah memainkan peranan penting untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya
hanya merupakan sebuah kawasan paya. Perkampungan ini
telah digazetkan oleh Kerajaan Melaka sebagai salah satu tapak warisan yang perlu
dikekalkan bagi tontonan generasi akan datang. Penulis telah berkesempatan
melawat ke kawasan perkampungan ini dan memang ternyata perkampungan amat unik.
Kalau ke Melaka jangan lepaskan peluang untuk melawat ke Kampung Morten.
Pengalaman berada di Kampung Morten menang tidak terdapat di mana-mana kampung
di Malaysia. Penulis ingin berkongsi pengalaman sewaktu penulis dan keluarga
berada di situ melalui gambar-gambar yang sempat penulis rakamkan:
Papan tanda di hadapan Villa Sentosa |
Koleksi Barangan Antik Melayu Tradisional |
Koleksi Barangan Antik Melayu Tradisional |
Pemain Piring Hitam Zaman 60-an yang masih disimpan |
Sebahagian daripada ruang di dalam rumah yang dihiasi barangan antik |
Penulis bersama anak dan isteri di dalam bilik pengantin Melayu tradisional |
Suasana dalam kamar pengantin Melayu tradisional |
Penulis bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain |
Pelamin tempat persandingan pengantin sejoli |
Pemandangan di ruang tamu rumah tradisional Melayu Melaka |
Bahagian serambi yang sentiasa menanti kehadiran pengunjung |
Almari antik tempat menyimpan baju dan alat-alat solek |
Ruang di antara bahagian tengah dan bahagian dapur |
Suasana ruang antara bahagian tengah dan dapur |
Gong lama yang warisi sejak berzaman dan dikatakan mempunyai misterinya yang tersendiri...ingin tahu berkunjung ke teratak ini |
Kelihatan Hj. Harun (ayah), Hjh. Aizah dan Puan Zaireen (Isteri) sedang asyik mendengar sesuatu daripada pewaris Villa Sentosa yang sungguh ramah dan mesra |
Koleksi gambar-gambar lama pewaris Villa Sentosa |
Kamar tidur yang dihias indah dengan cita rasa Melayu tradisional |
Bahagian tangga (sisi rumah) sebelum melangkah masuk ke dalam rumah |
Bahagian hadapan Villa Sentosa |
Nama jambatan yang diberi nama sempena Kg. Morten |
Antara rumah tradisonal Melayu Melaka yang kelihatan di Kg. Morten |
Antara rumah tradisional Melayu Melaka yang dibaik pulih |
Antara rumah tradisional Melayu Melaka yang menarik di Kg. Morten |
Antara Perabut Antik tempat menyimpan barang |
Sudut gambar |
Bahagian dapur yang dihiasi dan kelihatan unik |
Villa Sentosa sentiasa mengamit kedatangan para pelancongan yang menghargai warisan sesuatu bangsa |
No comments:
Post a Comment