Pada cuti Tahun Baharu Cina (2012) yang lalu saya dan keluarga adik saya berkesempatan mengunjungi Kelong Bagan Lalang. Kami menaiki bot kira-kira pukul 3.00 petang. Pemilik yang menyediakan perkhidmatan percutian ke Kelong dimiliki oleh empunya En. Nazri (Tel: 019-3438150). Pada awalnya, kami bercadang untuk ke Kelong pada sekitar 11.00 pagi, tetapi tidak kesampaian kerana menurut pemandu bot laju, air surat pada ketika itu. Air laut akan mulai pasang sekitar pukul 3.00 petang.
Kami membayar sekitar RM200.00 untuk sewaan bot laju dan pakej perjalanan ke Kelong Bagan Lalang dan juga mengelilingi Golden Palm Tree Resort & Spa, Sepang. Sebelum menaiki menaiki bot laju, kami diberi sedikit penerangan ringkas. Kami dibekalkan dengan jaket keselamatan yang perlu dipakai sepanjang perjalanan kami menaiki bot laju. Bot laju yang kami naiki memuatkan seramai 10 orang penumpang semuanya. Percutian kami ini bertambah meriah dengan kehadiran keluarga En. Ahmad Hafidzi dan Nahariah Amin serta anak-anak mereka.
Perjalanan dengan bot laju dari pangkalan nelayan berdekatan Kg. Bagan Lalang ke kelong mengambil masa sekitar 15 – 20 minit. Sepanjang perjalanan ke Kelong anak-anak saya dan anak buah saya kelihatan amat teruja dengan pengalaman baru yang mereka alami. Percikan air laut menyebabkan baju kami dibahasi dengan air laut. Setiba kami di kelong, kami berkesempatan untuk naik di atas Kelong dengan bantuan pemandu bot laju En. Man. Wah! Apabila berada sahaja di atas kelong seolah-olah berada di suatu tempat baru yang tidak pernah pernah kami kunjungi sebelum ini. Maklum sahajalah berada di tengah-tengah laut dengan gelombang ombak yang kuat membuatkan hati ini sedikit teruja.
Menurut Man, ada dua sesi memancing di kelong (Siang dan malam). Satu sesi memancing biasanya sekitar 12 jam. Kadar caj adalah RM40.00 setiap seorang. Terserah kepada pemancing untuk membawa seberapa banyak peralatan memancing. Melihat sekitar kelong terdapat kemudahan bekalan air mentah, tandas, dapur dan peralatan memasak serta ruang rehat ala kadar. Para pemancing dibenarkan membawa sendiri bahan masakan untuk dimasak di atas kelong. Jika memancing pada waktu malam ada disediakan lampu daripada mesin janakuasa. Menurut pemilik, umpan boleh dibawa sendiri. Jika anda berminat untuk mendapatkan umpan boleh terus menghubunginya. Antara jenis umpun yang disediakan ialah umpan pasir/sarang, sotong/udang/ikan dan sebagainya. Harganya pula amat berpatutan. Menurut Man, sebaiknya tempahan memancing ke Kelong Bagan Lalang hendak dibuat lebih awal. Ini kerana pada musim cuti dan cuti hujung minggu kebiasaanya tempatan agak tinggi. Kadang-kala terpaksa ditutup kepada orang ramai sebab tempahan spesial. Hasil memancing sebelah malam lebih baik daripada siang bergantung kepada rezeki kita. Menurut Man, respon daripada pemancing lain, hasil pancingan Kelong Bagan Lalang adalah baik. Antara ikan yang dapat ditangkap di kelong ini ialah jenahak, gelama, pari, senangin, mandi abu dan sebagainya...
Papan Tanda Nazri Kelong |
Papan Tanda Nazri Kelong serta pakej-pakej yang ditawarkan |
Kelihatan pejabat pengurusan Nazri Kelong |
Kelihatan ahli keluarga sedang memakai jaket keselamatan sementara menunggu menaiki bot laju |
Kelihatan dalam gambar keluarga En. Ahmad Hafidzi dan Nahariah Amin |
Perjalanan dengan bot laju dari pangkalan nelayan berdekatan Kg. Bagan Lalang ke kelong mengambil masa sekitar 15 – 20 minit. Sepanjang perjalanan ke Kelong anak-anak saya dan anak buah saya kelihatan amat teruja dengan pengalaman baru yang mereka alami. Percikan air laut menyebabkan baju kami dibahasi dengan air laut. Setiba kami di kelong, kami berkesempatan untuk naik di atas Kelong dengan bantuan pemandu bot laju En. Man. Wah! Apabila berada sahaja di atas kelong seolah-olah berada di suatu tempat baru yang tidak pernah pernah kami kunjungi sebelum ini. Maklum sahajalah berada di tengah-tengah laut dengan gelombang ombak yang kuat membuatkan hati ini sedikit teruja.
Kelihatan En. Hafidzi, Hareez, Adli dan Hafeey begitu leka menikmati panorama sekitar pesisiran laut Bagan Lalang |
Kelihatan Hareez dan Nur Aisyah yang begitu teruja |
Kelihatan Pn. Nahariah dan Adli begitu asyik melihat pukulan ombak yang kuat |
Percikan ombak yang kuat turut membasahi muka kami di dalam bot |
Puan Zaireen sedang melayan kerenah anak bongsu yang begitu teruja menaiki bot laju |
Perjalanan bot yang menghampiri Kelong Bagan Lalang |
Perjalanan balik meninggalkan kelong. Kelihatan Adli dan Hafeey
|
Kelihatan pemancing sedang berehat di bawah pondok yang disediakan di atas Kelong Bagan Lalang |
Kelihatan ahli keluarga sedang meronda-ronda di sekitar Kelong Bagan Lalang |
Kelihatan para pemancing dengan joran masing-masing |
Penulis bersama isteri |
Kelihatan Golden Palm Tree Resort dari jauh |
Kelihatan bilik-bilik resort ini dari jarak dekat |
Bilik-bilik hotel yang ditawarkan |
Bilik-bilik resort ini dari jarak dekat |
Bilik hotel yang dikatakan menawarkan harga paling mahal |
Jeti nelayan di Kampung Bagan Lalang |
Bot laju yang sedang berlabuh di jeti |
Persiapan untuk turun dari bot |
Pokok paya bakau yang memukau mata memandang |
No comments:
Post a Comment