Kalau anda ke Melaka jangan lupa ke Tanjung Kling. Terletak kira-kira 15 km dari pusat Bandar Melaka. Untuk mereka yang gemar mencari resepi baru apa kata kita makan tengah hari di sebuah gerai yang terletak di Tanjung Kling. Kami sempat makan tengah hari di sebuah gerai yang agak popular di sini, iaitu M M Medan Citarasa. Melihatkan kepada kenderaan yang berhenti di gerai ini sudah tentu gerai ini menyajikan makanan yang sedap dan menyelerakan.
Kalau anda dari pusat Bandar Melaka gunakan jalan raya yang mengarah ke Pantai Klebang..hanya beberapa kilometer dari Pantai Klebang anda akan nampak Hotel Everly di sebelah kiri jalan. Ke hadapan sedikit di sebelah kiri , anda dapat lihat deretan gerai. Ha..di situlah terletak gerai tersebut. Pelbagai jenis makanan ala kampung disediakan di sini seperti gulai lemak daging bakar, masak asam pedas Melaka, masak lemak jantung pisang, kari ikan, ayam masak merah, sambal tumis udang dan macam-macam lagi. Ada juga ikan bakar dan ayam goreng kampung yang amat menyelerakan kalau dimakan pada waktu tengah hari. Jangan lupa ambil cencaluk atau sambal belacan yang kaw!!! untuk dimakan dengan ikan bakar. Servis kat sini memang bagus dan cepat. Tuan punya gerai amat peramah dan melayan pelanggan dengan mesra. Harganya pula memang berpatutan. Jom ….cuba jangan tak cuba…best…punya…
Kedudukan gerai ikan bakar di Tanjung Kling |
Gerai M M Medan Citarasa yang kami singgah untuk makan tengah hari |
Kalau anda dari pusat Bandar Melaka gunakan jalan raya yang mengarah ke Pantai Klebang..hanya beberapa kilometer dari Pantai Klebang anda akan nampak Hotel Everly di sebelah kiri jalan. Ke hadapan sedikit di sebelah kiri , anda dapat lihat deretan gerai. Ha..di situlah terletak gerai tersebut. Pelbagai jenis makanan ala kampung disediakan di sini seperti gulai lemak daging bakar, masak asam pedas Melaka, masak lemak jantung pisang, kari ikan, ayam masak merah, sambal tumis udang dan macam-macam lagi. Ada juga ikan bakar dan ayam goreng kampung yang amat menyelerakan kalau dimakan pada waktu tengah hari. Jangan lupa ambil cencaluk atau sambal belacan yang kaw!!! untuk dimakan dengan ikan bakar. Servis kat sini memang bagus dan cepat. Tuan punya gerai amat peramah dan melayan pelanggan dengan mesra. Harganya pula memang berpatutan. Jom ….cuba jangan tak cuba…best…punya…
Kelihatan Puan Zaireen dan Hairuniza sedang memilih lauk-pauk spesial yang disajikan |
Ikan Bakar yang menjadi makanan popular di restoran M M Medan Citarasa |
Kuah Gulai Asam Pedas yang mempunyai rasa yang tersendiri...umpp sedap |
Kelihatan ayahandaku, anakku, isteriku, dan anak saudaraku sedang sibuk mengelolakan hidangan tengah hari |
hm.. nmpk mmg sedap.
ReplyDeleteboleh singgah ni nnt